MAJLIS SANTUNAN KASIH RAMADAN DI MASJID JAMEK SUNGAI GERSIK MUAR

30 Mac 2023, Muar, Johor – Timbalan Perdana Menteri dan Menteri Kemajuan Desa dan Wilayah, YAB Datuk Seri Dr. Ahmad Zahid Hamidi berbuka puasa bersama lebihkurang 1,500 orang masyarakat setempat di Majlis Santunan Kasih Ramadan di Masjid Jamek Sungai Gersik Muar.
Pada majlis itu, beliau menyampaikan sumbangan duit raya, baju raya dan hamper kepada anak-anak yatim. KEJORA turut menyerahkan sumbangan kepada peserta PROSPEK Kg. Panchor merangkumi:-
1. Program Transformasi Kualiti Produk berjumlah RM40,000.00
2. Skim Bantuan Pertanian berjumlah RM50,000.00
3. PPRT Bina Baharu sebanyak 3 unit berjumlah RM198,000.00
Turut hadir Menteri Besar Johor, YAB Datuk Onn Hafiz bin Ghazi, Menteri Pendidikan Tinggi, YB Datuk Seri Mohamad Khaled bin Nordin, Setiausaha Kerajaan Negeri, KSU KKDW, EXCO Negeri Johor, Ketua-Ketua Agensi KKDW serta ramai lagi.

IKLAN PELAWAAN PERMOHONAN PAJAKAN TANAH INDUSTRI DI KAWASAN PERINDUSTRIAN BANDAR PENAWAR, MUKIM TANJUNG SURAT, KOTA TINGGI, JOHOR

Lembaga Kemajuan Johor Tenggara (KEJORA) ingin mempelawa syarikat-syarikat yang berkelayakan untuk memohon pajakan tanah industri bagi menjalankan perusahaan ‘garment’ dan kegunaan lain yang berkaitan dengannya.

PERMOHONAN

  1. Permohonan adalah perlu dikemukakan melalui Borang Permohonan yang boleh diperolehi melalui kaedah berikut:
    i. Muat turun Borang Permohonan daripada laman web KEJORA: www.kejora.gov.my; ATAU
    ii. Dapatkan Borang Permohonan di alamat berikut:
     Unit Pelaburan
                                                                                              Ibu Pejabat KEJORA
                                                                                       Jalan Dato’ Hj Hassan Yunus
                                                                                            81930 Bandar Penawar,
                                                                                                Johor Darul Takzim
                                                                                               No. Tel. : 07-8843000
    2. Dokumen-dokumen lain yang perlu disertakan bersama-sama Borang Permohonan adalah sebagaimana di LAMPIRAN A dan diserahkan kembali kepada alamat di atas.
    3. Tarikh tutup permohonan adalah pada 30 April 2023 (Ahad) jam 12.00 tengah hari.

 

Syarat-syarat dan borang permohonan boleh dimuat turun disini.

Iklan Pajakan Industri - PTB 1488 PTB 1489 PTB 1498 PTB 1499 (1)

 

Pelan Lokasi - PTB 1488 PTB 1489 PTB 1498 PTB 1499

Lampiran 1 – Senarai Semak Bagi Permohonan Cadangan Pajakan Industri Iklan Pajakan Industri – PTB 1488 PTB 1489 PTB 1498 PTB 1499 Borang Permohonan Pajakan Industri

IKLAN JUALAN KEDAI KOS SEDERHANA (KKS) DI TAMAN PENAWAR HARMONI

    SYARAT-SYARAT KELAYAKAN PEMILIKAN KEDAI KOS SEDERHANA (KKS) DI TAMAN PENAWAR HARMONI:

  • Terbuka kepada Penduduk Asal Negeri Johor.
  • Keutamaan akan diberikan kepada penduduk yang menetap di dalam Wilayah KEJORA.
  • Warganegara Malaysia berumur 18 tahun ke atas dan sudah menetap di Johor lebih 10 tahun bagi yang bukan kelahiran di dalam Negeri Johor.
  • Bujang atau berkahwin.
  • Bagi pasangan suami isteri, hanya satu permohonan sahaja dibenarkan. Permohonan isteri kedua dan seterusnya perlu dibuat menggunakan nama isteri tersebut.
  • Hanya satu (1) pemilikan SAHAJA bagi Kedai Kos Sederhana (KKS) di dalam Negeri Johor.

 

TARIKH TUTUP IKLAN : 10 APRIL 2023                                             

TARIKH TUTUP PENGHANTARAN DOKUMEN : 13 APRIL 2023

PEMOHONAN ONLINE     

 

iklan kedai ke 3 (1)

 

 

PENGGAMBARAN TRAVELOGUE “PERMATA WILAYAH KEJORA”

Pada 14 – 20 Mac 2023, Bahagian Pelancongan KEJORA telah melaksanakan dengan jayanya satu sesi penggambaran video Travelogue berjudul “PERMATA WILAYAH KEJORA” yang melibatkan video dokumentari, Vlog 5 episod bersama Hos Jemputan dan 10 kapsul montaj.
Projek penggambaran yang mengambil masa selama 6 hari ini meliputi lokasi-lokasi produk pelancongan KEJORA seperti Tanjung Sedili, Tanjung Balau, Pulau Tanjung Surat, Kg. Johor Lama, Kg Mawai, Tanjung Serindit, Tanjung Punggai dan beberapa lokasi pelancongan sokongan sekitar Wilayah KEJORA. Penghasilan video ini akan mengandungi segala keunikan produk pelancongan dari segi makanan tradisi, aktiviti menarik dan juga kehebatan sejarah budaya dan warisan yang terdapat dalam wilayah KEJORA.
Semoga dengan penghasilan video pelancongan ini akan dapat meningkatkan pengetahuan orang ramai tentang kewujudan produk pelancongan KEJORA, meningkatkan kedatangan pengunjung ke wilayah KEJORA dan sekaligus meningkatkan taraf sosio ekonomi masyarakat luar bandar.
Nantikan kemunculan video promosi produk pelancongan KEJORA.

PENYERTAAN SUKARELAWAN KEJORA DALAM PASUKAN SUKARELAWAN PENJAWAT AWAM (PSPA) KEMENTERIAN KEMAJUAN DESA & WILAYAH (KKDW)

21 Mac 2023 (Rabu), Parit Sulong, Batu Pahat – Seramai 16 orang Sukarelawan KEJORA yang terdiri daripada anggota KEJORA telah menyertai Pasukan Sukarelawan Penjawat Awam (PSPA) Kementerian Kemajuan Desa & Wilayah (KKDW) dalam misi bantuan pasca banjir di Parit Sulong, Batu Pahat, Johor Darul Ta’zim.
Pasukan Sukarelawan KEJORA di dalam program kali ini telah diketuai oleh Ketua Unit Pengurusan Fasiliti, Encik Noorazmi bin Sahar. Dalam misi ini juga, Pasukan Sukarelawan KEJORA telah diamanahkan untuk membantu dan membersihkan 1 unit balairaya & 2 unit rumah yang melibatkan 5 keluarga penduduk KOA Kg. Dalam, Parit Sulong, Batu Pahat, Johor.
Semoga bantuan Pasukan Sukarelawan KEJORQA ini dapat membantu meringan beban mangsa bencana banjir dalam usaha mengembalikan kehidupan normal.
“Jangan pernah bersedih dari apa yang terjadi hari ini. Sebab kita tidak tahu apa yang akan terjadi pada esok hari.”

USAHAWAN KEJORA KE SABAH INTERNATIONAL FOOD EXPO (SIFEX) 2023

Buat julung kalinya, usahawan bimbingan KEJORA telah menyertai Sabah International Food Expo (SIFEX) 2023, bermula pada 17 hingga 19 Mac 2023 di SICC Kota Kinabalu, Sabah.
Majlis Perasmian Sabah International Food Expo (SIFEX) 2023, telah disempurnakan oleh YB Tuan Chan Foong Hin, Timbalan Menteri Pertanian dan Keterjaminan Makanan. Objektif program ini adalah bagi mengumpulkan produk-produk usahawan makanan dan minum dari pelbagai negara antaranya daripada Negara Brunei, Egypt, Indonesia dan sebagainya. Terdapat lebih dari 200 booth jualan dengan pelbagai produk usahawan makan dan minum dibuka sepanjang karnival ini berlangsung.
Pada SIFEX 2023 kali ini pihak KEJORA telah membawa beberapa jenama produk daripada usahawan bimbingan KEJORA antaranya jenama Farhana, Beligo, D’diana, Piyok Asam Pedas dan Delitaste yang antara lainnya adalah bagi menyediakan satu platform untuk mempromosikan produk usahawan wilayah KEJORA bukan sahaja dalam negara malah juga di luar negara.
Pihak KEJORA merakamkan ribuan terima kasih kepada pihak penganjur yang sudi mempelawa KEJORA di dalam SIFEX 2023. Kepada semua usahawan, tingkatlah mutu serta kualiti termasuk kuantiti disamping terus mempromosikan produk usahawan KEJORA demi kelangsungan ekonomi penduduk Wilayah KEJORA.

PUSPANITA KEJORA AGIH BUBUR LAMBUK SEMPENA MENYAMBUT BULAN RAMADAN

Sempena menyambut bulan Ramadan 1444H/2023M, Puspanita Cawangan Kecil Kejora telah mengadakan Program Memasak Bubur Lambuk secara bergotong royong di Dewan KEJORA, Bandar Penawar pad 20 Mac 2023 (Isnin).
Proses penyediaan masakan dan resepi serta khidmat nasihat telah mendapat bantuan dari Pembantu Kemahiran KEJORA, En. Sulaiman bin Bagos yang turut sama di dalam penyediaan bubur lambuk ini.
Sebanyak 350 bekas bubur lambuk telah diagihkan kepada semua ahli PUSPANITA Cawangan Kecil KEJORA yang telah disempurnakan oleh Pengerusi PUSPANITA Cawangan Kecil KEJORA, YBhg. Datin Norasikin binti Noordin.

PROGRAM PEMERKASAAN INSTITUSI PENTADBIRAN PERINGKAT KAMPUNG (IPPK) WILAYAH KEJORA

Program Pemerkasaan Institusi Pentadbiran Peringkat Kampung (IPPK) Wilayah KEJORA telah diadakan bermula 15 hingga 17 Mac 2023 di Amansari Hotel, Nusajaya Johor. Sesi ini melibatkan penglibatan 70 Jawatankuasa Pembangunan dan Keselamatan Kampung (JPKK) Wilayah KEJORA yang telah dihadiri oleh Pengerusi dan Setiausaha JPKK dan 35 orang Penggerak Kampung Tradisi Wilayah KEJORA bagi memperkasakan JPKK dan Penggerak bagi tujuan pembangunan kampung.
Majlis Perasmian Penutupan telah disempurnakan oleh Timbalan Pengurus Besar (Pembangunan), Encik Daud Bin Abd Rahman. Turut hadir adalah Puan Rebecca Nur Iman Lee, Ketua Penolong Setiausaha, Bahagian Perancangan Strategik Kementerian Kemajuan Desa dan Wilayah serta Wakil Pegawai Daerah Kluang dan Kota Tinggi iaitu Encik Mohd Faiz Bin Mohd Salleh dan Encik Mohd Farhan Bin Kasmunee.
Majlis dimeriahkan dengan simbolik penyerahan Geran Pengurusan dan Pentadbiran Tahun 2023 – Jawatankuasa Pembangunan dan Keselamatan Kampung (JPKK) sebanyak RM5,000.00 kepada setiap kampung yang keseluruhannya berjumlah RM155,000.00.
Di dalam majlis ini juga telah menyaksikan penghargaan diberikan bagi menghargai sumbangan JPKK melalui Anugerah Pemimpin Harapan Tahun 2022. Anugerah telah diberikan kepada Encik Mohd Sabirin bin Saban dari JPKK Kg. Paya, Kluang (Kategori Pengerusi JPKK), Encik Che Wan Ahmad Lokman Bin Che Wan Ibrahim dari JPKK Kg. Tanjung Sedili, Kota Tinggi (Kategori Setiausaha JPKK) dan Encik Mohd Yusof Bin Ibrahim, Penolong Pegawai Pertanian, KEJORA merangkap Penggerak Kg. Contoh Kluang (Kategori Penggerak Kampung).
Program selama 3 hari ini telah dibimbing oleh Coach Firdaus Arshad daripada Insaff Management Consultancy yang banyak berkongsi berkenaan kepimpinan dan kerjasama dalam sesuatu pengurusan.
Besar harapan KEJORA program ini dapat mengubah perspektif pembangunan kampung dan menguruskan risiko oleh JPKK Wilayah KEJORA.

KURSUS ASAS BAHASA ASING (BAHASA MANDARIN) BAGI PELANCONGAN WILAYAH KEJORA TAHUN 2023

Alhamdulillah. KEJORA melalui Bahagian Pelancongan telah berjaya menganjurkan Kursus Asas Bahasa Asing (Bahasa Mandarin) bagi Pelancongan Wilayah KEJORA Tahun 2023 yang telah berlangsung selama tiga hari bermula 15 hingga 17 Mac 2023 bertempat di Trove Hotel, Johor Bahru. Di dalam kursus ini, para peserta dapat mempelajari dan memahami berkaitan teknik berucap dengan yakin-5W1H, membiasakan diri dengan Bahasa Mandarin, memahami perkataan & sebutan, Latihan Dalam Kumpulan (LDK), berlatih dengan mahir!, Apps untuk memudahkan alih bahasa dan kaedah mudah bercakap.
Majlis penutup bagi kursus ini telah dirasmikan oleh YBhg. Puan Suraya Hani binti Sharan, Pengurus Bahagian Pelancongan selaku wakil rasmi Pengurus Besar KEJORA.
Pihak Pengurusan KEJORA ingin merakamkan penghargaan dan ucapan terima kasih kepada pihak yang terlibat dalam menjayakan kursus ini terutamanya kepada peserta kursus yang terdiri daripada :
a. Homestay Kg Mawai Baru;
b. Homestay Kg. Lukut;
c. Jawatankuasa Pembangunan dan Keselamatan (JPKK) Kg. Tanjung Sedili;
d. Jawatankuasa Pembangunan dan Keselamatan (JPKK) Kg. Tanjung Serindit;
e. Koperasi Sinar Tanjung Balau; dan
f. Hotel Bayu Balau Beach Resort.
Semoga kursus yang telah dianjurkan ini dapat dimanfaatkan oleh semua pihak yang terlibat bagi memastikan hasrat melahirkan modal insan yang cemerlang dapat direalisasikan di dalam sektor pelancongan.
Sekian, terima kasih.

PERHIMPUNAN BULANAN KEJORA BILANGAN 2 TAHUN 2023

14 Mac 2023 SELASA, Bandar Penawar – Pada hari ini, telah berlangsung Majlis Perhimpunan Bulanan Bilangan 2 Tahun 2023 di Dewan KEJORA, Bandar Penawar.
Majlis perhimpunan bulanan pada kali ini dimulakan dengan taklimat dan sesi soal jawab bersama Jabatan Bantuan Guaman Negeri Johor (JBG) yang telah disampaikan oleh Tuan Wan Mohamad Helmi bin Masran. Taklimat ini diadakan adalah bagi memberikan pendedahan awal berkaitan khidmat guaman yang boleh ditawarkan oleh JBG kepada mana-mana orang di Malaysia ini termasuk warga KEJORA.
Seterusnya, Majlis Perhimpunan Bulanan telah dimulakan dengan bacaan doa dan seterusnya lafaz ikrar Akta Rahsia Rasmi 1972 yang diketuai oleh En. Muhammad Fikri bin A. Hamid dan Ikrar Integriti Perkhidmatan Awam telah diketuai oleh En. Abd. Rahman bin Abd. Samad. Selanjutnya, Pengurus Besar KEJORA, YBhg. Dato’ Hj. Mohd Rusdi bin Mohd Darus telah menyampaikan ucaptama di dalam majlis perhimpuan ini.
Di dalam ucapannya, beliau menyatakan jutaan terima kasih kepada Timbalan Perdana Menteri & Menteri KKDW, YAB Dato’ Seri Dr Ahmad Zahid bin Hamidi yang telah hadir ke KEJORA sempena lawatan kerja ke KEJORA pada 14 Mac 2023 yang lalu. Turut hadir ialah YAB Menteri Besar Johor, YB Menteri di Jabatan Perdana Menteri merangkap Ahli Parlimen Pengerang, Timbalan Menteri KKDW, Timbalan Menteri KDN, Setiausaha Kerajaan Johor serta lain-lain deligasi. Selain itu juga, beliau menyentuh mengenai konsep Gagasan Masyarakat MADANI yang perlu diterapkan oleh pegawai di KEJORA. Beliau turut menyentuh mengenai peruntukan Belanjawan 2023 yang diperolehi oleh KEJORA. Akhir sekali, turut disentuh ialah pengagihan lebih dari 650 Kit Bantuan Bencana kepada mangsa banjir dalam Wilayah KEJORA.
Majlis perhimpunan bulanan kali juga telah diserikan dengan beberapa program sampingan iaitu:-
1. Penyerahan Takwim KEJORA Tahun 2023
2. Penyerahan Sijil Majlis Bersama Jabatan (MBJ)
3. Penyerahan Sijil Penghargaan Kajian Outcome Tahun 2022
4. Penyerahan Sijil Penghargaan Kepada Mentor & Menti Bagi Program Pementoran KEJORA TAhun 2022
Majlis diteruskan dengan lafaz Ikrar Bebas Rasuah (IBR) yang diketuai oleh Dato’ Hj Mohd Rusdi bin Mohd Darus dan disambut oleh semua anggota KEJORA dengan disaksikan oleh Penguasa Kanan SPRM Johor, Pn. Hamsia binti Abdul Ham. Sebelum itu, semua hadirin telah mendengar taklimat ringkas mengenai bidang kuasa dan tanggungjawab SPRM yang disampaikan oleh Penolong Penguasa Suruahnjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) Negeri Johor, En. Hassan bin Sulaimi.
Terima kasih kepada semua yang menjayakan Majlis Perhimpunan Bulanan KEJORA Bilangan 2 Tahun 2023.
“Respect Other If You Want To Be Respected”