YAYASAN PTRIOTIK BANGSA (YPB) PADA HARI INI MERAKAM PENGHARGAAN ATAS SOKONGAN PIHAK LEMBAGA KEMAJUAN JOHOR TENGGARA (KEJORA)

Yayasan Patriotik Bangsa (YPB) pada hari ini merakamkan penghargaan atas sokongan pihak Lembaga Kemajuan Johor Tenggara (KEJORA) yang turut sama mendokong usaha bagi menghasilkan Album Kompilasi Tinta Emas Perdana Menteri.
Majlis Pra Pelancaran Album Kompilasi Tinta Emas Perdana Menteri ini telah diadakan di Seri Pacific Hotel Kuala Lumpur.
YB Dato Hj Che Zakaria Pengerusi Lembaga Kemajuan Johor Tenggara telah hadir bagi menerima sijil penghargaan yang telah disampaikan oleh YB Datuk Zahidi Zainul Abidin, Timbalan Menteri Komunikasi dan Multimedia Malaysia.
Semoga dengan sokongan ini akan membantu usaha pihak kerajaan untuk melahirkan generasi yang cintakan negara dan tanahair.

CERAMAH PENGUKUHAN INTEGRITI SIRI 6/2021 BERTAJUK “KHIDMAT SETULUS HATI, TERPANCAR DARI SANUBARI”

Alhamdullilah syukur ke hadrat Illahi kerana pada pagi yang mulia ini dapat diadakan Program Ceramah Pengukuhan Integriti Siri 6/2021 yang telah diadakan secara maya. Ceramah telah disampaikan oleh YBhg. Al Fadhil Ustaz Elyas Ismail dengan tajuknya “Khidmat Setulus Hati, Terpancar Dari Sanubari”. Semoga apa yang telah disampaikan oleh YBhg Ustaz dapat dijadikan pedoman dan panduan hidup dalam kehidupan seharian kita. InsyaAllah..Aamiin….

MESYUARAT KERJASAMA STRATEGIK PEMBANGUNAN PELANCONGAN & LAWATAN KERJA BERSAMA PEJABAT DAERAH PORT DICKSON

KEJORA telah mengadakan Lawatan Kerjasama Strategik Pembangunan Pelancongan ke Pejabat Daerah dan Tanah, Daerah Port Dickson, Negeri Sembilan yang diadakan pada 14 Disember 2021.
Bersempena lawatan tersebut, delegasi KEJORA yang diketuai YBhg Dato’ Haji Mohd Rusdi bin Mohd Darus, Pengurus Besar KEJORA telah disambut mesra oleh Tuan Khairy bin Maamor, Pegawai Daerah Port Dickson, Negeri Sembilan. Delegasi KEJORA telah dibawa ke beberapa lokasi lawatan projek pembangunan pelancongan di dalam Daerah Port Dickson termasuklah PD Forest Sungai Menyala dan Lawatan Homestay Kg. Pachitan.
Sekalung penghargaan dan terima kasih kepada Pegawai Daerah dan Pegawai-pegawai Pejabat Daerah Port Dickson, Timbalan Pengarah dan Pegawai serta kakitangan Jabatan Perhutanan Negeri Sembilan, tidak dilupakan juga MPKK Kg Pachitan atas kerjasama strategik yang dijalinkan sepanjang program berlangsung.

MESYUARAT PERMUKIMAN HALATUJU PELAKSANAAN PROJEK/PROGRAM PEMBANGUNAN KEJORA & MESYUARAT MAJLIS BERSAMA JABATAN

KEJORA telah mengadakan Mesyuarat Permukiman Halatuju Pelaksanaan Projek/Program Pembangunan KEJORA Tahun 2022 dan Mesyuarat Majlis Bersama Jabatan (MBJ) Bil. 3/2021 yang telah diadakan pada 13-14 Disember 2021 di Avillion Hotel, Port Dickson, Negeri Sembilan.
Mesyuarat Pemukiman Halatuju Pelaksanaan Projek/ Program Pembangunan KEJORA Tahun 2022 diadakan bagi menambah baik proses kerja sedia ada untuk meningkatkan kecekapan tadbir urus serta penyampaian perkhidmatan kepada pelanggan dan golonganbsasar Wilayah KEJORA.
Mesyuarat ini bertujuan untuk
membincangkan perancangan dan pelaksanaan setiap projek/program pembangunan tahun 2022 bagi memastikan keberkesanan pelaksanaan dan pencapaian prestasi yang cemerlang.

KUNJUNGAN SAMBIL BELAJAR INSTITUT BIODIVERSITI TROPIKA & PEMBANGUNAN LESTARI (IBTPL) UMT KE MUZIUM NELAYAN TANJUNG BALAU

Sekitar Kunjungan Timbalan Pengarah Institut Biodiversiti Tropika dan Pembangunan Lestari, Universiti Malaysia Terengganu (UMT) bersama delegasi ke Muzium Nelayan Tanjung Balau. Tujuan lawatan adalah bagi mendapatkan khidmat nasihat dan rujukan dengan menjadikan Muzium Nelayan sebagai “role model” pembinaan Galeri Alami Kenyir di Tasik Kenyir, Terengganu.
Pihak UMT mengucapkan syabas kepada KEJORA di atas pembangunan sebuah muzium yang unik serta menghargai jasa nelayan tradisional dan juga memberikan sekalung penghargaan diatas taklimat khas pembangunan Muzium Nelayan, program promosi, konsep dan idea pameran yang dilaksanakan serta berharap dapat menjalin kerjasama lebih erat dengan Bahagian Pelancongan KEJORA pada masa akan datang.

?????? ????????? ??????? ??????? ?????? ???????? ????? ??????? ?????? ????? ????

?????? ????????? ??????? ??????? ?????? ???????? ????? ??????? ?????? ????? ????
Lembaga Kemajuan Johor Tenggara (KEJORA) telah mengadakan Majlis Perasmian Penutup Program Rohani Kesenian Islam Wilayah KEJORA bagi Tahun 2021. Majlis ini telah dirasmikan oleh YBhg. Dato’ Haji Mohd Rusdi Bin Mohd Darus, Pengurus Besar KEJORA.
Program ini telah berlangsung bermula pada 7 November 2021 hingga 9 Disember 2021. Sepanjang tempoh pelaksanaan program tersebut, KEJORA telah mengaturkan beberapa acara untuk dipertandingkan dan dihebahkan kepada sekolah-sekolah dan kampung-kampung dalam Wilayah KEJORA. Antara pertandingan yang dipertandingkan adalah Pertandingan Nasyid, Pertandingan Syarahan, Pertandingan Azan dan Tarhim serta Pertandingan Sudut Informasi Kesenian Islam.
Majlis ini turut diserikan lagi dengan penampilan khas Saudara Adam Corrie Lee Bin Abdullah menerusi segmen Bicara RoKI yang membicarakan pengalaman dakwah beliau sepanjang bergelar mualaf. Semoga penganjuran program seperti ini akan terus mendapat sambutan seluruh warga Wilayah KEJORA.

PENYERTAAN USAHAWAN KEJORA DALAM KOMUNITIKRAF KELUARGA MALAYSIA 2021

Penyertaan Usahawan KEJORA dalam Komuniti Kraf Keluarga Malaysia 2021
Komuniti Kraf Keluarga Malaysia (KKKM 2021) merupakan satu program dan komitmen Kerajaan menggalakkan komuniti warga Malaysia menghayati dan melibatkan diri secara langsung dalam pembangunan dan pelaksanaan dasar dengan berkesan.
KKKM 2021 ini telah dijalankan pada 1 Disember 2021 hingga 6 Disember 2021 dengan tiga (3)orang penyertaaan usahawan daripada Lembaga Kemajuan Johor Tenggara (KEJORA) iaitu Norli Creation (Puan Norida binti Dahlan), Ranorm Batik Creation (Puan Maimunah binti Yaacob) dan JM Jarum Emas (Puan Jamilah binti Yahya).
YB Datuk Seri Dr. Santhara J.P selaku Timbalan Menteri Kementerian Pelancongan Seni dan Budaya di Komples Kraf Kuala Lumpur telah merasmikan KKKM 2021 ini dengan jayanya. Alhamdullilah, Puan Norida binti Dahlan yang merupakan Pengusaha Norli Creation telah menerima Insentif Pembangunan Usahawan Kraf Tahun 2021 daripada Perbadanan Kemajuan Kraftangan Malaysia iaitu Bantuan Mesin dan Peralatan semasa hari perasmian 3 Disember 2021 berlangsung.
Aktiviti yang dilaksanakan sepanjang KKKM tersebut termasuk pameran dan jualan produk komuniti kraf, aktiviti demonstrasi penghasilan produk komuniti kraf, jualan jumbo, seminar dan sesi komuniti kraf bersama usahawan ‘Craft Champion’
Tahniah diucapkan kepada Usahawan Kluster Kraf KEJORA.

KEJORA VIRTUAL CYCLING CHALLENGE 2021

Dengan berakhirnya Majlis Penutup KEJORA Virtual Cycling Challenge 2021, maka tamatlah satu lagi program yang amat menarik minat ramai peserta. Dengan penyertaan seramai 407 peserta, kayuhan secara virtual ini pastinya menjanjikan seribu pengalaman dan kenangan kepada peserta semua.
Pastinya ramai yang menanti cabutan nombor bertuah yang menjanjikan hadiah yang begitu menarik. Cabutan bertuah grand final telah disempurnakan oleh YB Dato’ Haji Che Zakaria bin Mohd Salleh, Pengerusi KEJORA. Manakala YBhg Dato’ Haji Mohd Rusdi bin Mohd Darus, Pengurus Besar KEJORA juga telah membuat cabutan bertuah kepada peserta yang layak bertanding. Tahniah kepada semua yang terlibat.
Kepada peserta yang menang cabutan nombor bertuah, gambar menarik serta hadiah misteri, tahniah diucapkan. Kepada yang kurang bernasib baik, In Shaa Allah, kita jumpa di lain program KEJORA.
Terima kasih dari Pengurusan KEJORA serta barisan urusetia kepada yang terlibat secara langsung atau tidak langsung dalam menjayakan aktiviti/program ini.

KEJORA RAIH EMAS KONVENSYEN ANNUAL PRODUCTIVITY AND INNOVATION SHOWCASE (ArISe) 2021

Berlangsungnya Majlis Penutupan Annual Productivity And Innovation Showcase (ArISe) 2021 pada 02 Disember 2021 (Khamis). Pencapaian hasil projek pasukan daripada Lembaga Kemajuan Johor Tenggara (KEJORA) iaitu kumpulan AGRO telah berjaya mendapat penarafan 5 Bintang. Lebih manis, kumpulan AGRO turut dinobatkan sebagai 20 Kumpulan Terbaik Sektor Awam (Negeri).
Syabas dan tahniah diucapkan kepada kumpulan KIK AGRO. Semoga pencapaian ini akan terus menjadi inspirasi warga KEJORA dalam membudayakan inovatif dan kreatif.

MAJLIS PELANCARAN PELAN STRATEGIK KEJORA 2021-2025 DAN PENYERAHAN KUNCI PERUMAHAN TERSUSUN KAMPUNG TUAN SEH FASA 2B SEDILI

Bandar Penawar, 29 November 2021 – Ketua Setiausaha Kementerian Pembangunan Luar Bandar, YBhg Dato’ Ramlan bin Harun telah hadir bagi menyempurnakan perasmian Pelan Strategik KEJORA 2021-2025.
Selain itu, majlis juga berkesempatan untuk sesi penyerahan kunci rumah bagi Perumahan Tersusun Kampung Tuan Seh Fasa 2B, seramai 16 orang penerima yang hadir untuk sesi penyerahan kunci rumah tersebut.
Syabas KEJORA & Tahniah kepada penerima rumah!