IKLAN TAWARAN SEWAAN RUANG NIAGA KEJORA BIL. 1/2023
IKLAN TAWARAN SEWAAN RUANG NIAGA KEJORA BIL. 1/2023
Tawaran adalah dipelawa kepada pemohon-pemohon BUMIPUTERA yang berminat & memenuhi syarat-syarat permohonan untuk menyewa ruang niaga / premis Lembaga Kemajuan Johor Tenggara (KEJORA) di lokasi berikut :
i) Bandar Mas
ii) Bandar Penawar
iii) Taman Bayu Damai
iv) Tanjung Balau
v) Bandar Tenggara
vi) Taman Sri Lambak
vii) Bandar Sri Perani
viii) Bandar Petri Jaya
Maklumat lanjut iklan >>> IKLAN PREMIS BIL12023

- Tempoh tawaran permohonan ini adalah sebagaimana berikut:
Tarikh Mula : 10 April 2023 (ISNIN)
Tarikh Tutup : 24 April 2023 (ISNIN) - Syarat-syarat permohonan adalah sebagaimana berikut:
i. Warganegara Malaysia;
ii. Bumiputera;
iii. Penduduk / Pengusaha di dalam Wilayah KEJORA (Bandar Baharu KEJORA, FELDA, kampung tradisional & kawasan sekitar); dan
iv. Permohon baru atau sedang menjalankan perniagaan. - Pemohon baharu adalah dinasihatkan agar membuat semakan & lawatan ke atas premis yang berkenaan sebelum mengemukakan permohonan.
- Dokumen-dokumen yang PERLU dimuatnaik bersama Borang Permohonan Sewaan Premis
adalah sebagaimana berikut:
i. Salinan Kad Pengenalan
ii. Salinan Pendaftaran SSM (Borang A atau D termasuk maklumat perniagaan & makluman pemilik masa kini)
iii. Salinan Borang 9, Borang 24 & Borang 49 (jika pendaftaran syarikat atau Sdn. Bhd.)
iv. Salinan Lesen Perniagaan (jika ada)
v. Salinan Penyata Kewangan terkini ATAU Penyata Akaun Bank (3 bulan terakhir) ATAU Salinan Buku Simpanan Bank (butir akaun & baki akhir)
vi. Salinan sijil atau dokumen sokongan lain yang berkaitan (contoh seperti Persijilan HALAL, penyertaan kursus & lain-lain)
vii. Salinan sijil akademik tertinggi
viii. Melampirkan kertas kerja syarikat yang lengkap bagi permohonan yang berkaitan dan bertanda *. - Sila lengkapkan borang permohonan di https://forms.gle/5ptbQ89iwz58uJKf6 sebelum atau pada 24 April 2023 sebelum pukul 5.00 petang.
- Permohonan yang tidak lengkap & tidak mengemukakan dokumen-dokumen di atas akan dikiraTERBATAL serta tidak akan diproses.
- Untuk pertanyaan lanjut, sila hubungi Unit Ekonomi & Usahawan KEJORA di talian 078843197.
PROGRAM AGIHAN BUBUR LAMBUK DAN DODOL SEMPENA ISTIMEWA RAMADAN 2023
PROGRAM KUNJUNG RAMADAN WILAYAH KEJORA TAHUN 2023M/1444H
KURSUS PEMBANGUNAN KEROHANIAN DAN INSANIAH KEJORA
MAJLIS SANTUNAN KASIH RAMADAN DI MASJID JAMEK SUNGAI GERSIK MUAR
IKLAN PELAWAAN PERMOHONAN PAJAKAN TANAH INDUSTRI DI KAWASAN PERINDUSTRIAN BANDAR PENAWAR, MUKIM TANJUNG SURAT, KOTA TINGGI, JOHOR
Lembaga Kemajuan Johor Tenggara (KEJORA) ingin mempelawa syarikat-syarikat yang berkelayakan untuk memohon pajakan tanah industri bagi menjalankan perusahaan ‘garment’ dan kegunaan lain yang berkaitan dengannya.
PERMOHONAN
- Permohonan adalah perlu dikemukakan melalui Borang Permohonan yang boleh diperolehi melalui kaedah berikut:
i. Muat turun Borang Permohonan daripada laman web KEJORA: www.kejora.gov.my; ATAU
ii. Dapatkan Borang Permohonan di alamat berikut:
Unit Pelaburan
Ibu Pejabat KEJORA
Jalan Dato’ Hj Hassan Yunus
81930 Bandar Penawar,
Johor Darul Takzim
No. Tel. : 07-8843000
2. Dokumen-dokumen lain yang perlu disertakan bersama-sama Borang Permohonan adalah sebagaimana di LAMPIRAN A dan diserahkan kembali kepada alamat di atas.
3. Tarikh tutup permohonan adalah pada 30 April 2023 (Ahad) jam 12.00 tengah hari.
Syarat-syarat dan borang permohonan boleh dimuat turun disini.


Lampiran 1 – Senarai Semak Bagi Permohonan Cadangan Pajakan Industri Iklan Pajakan Industri – PTB 1488 PTB 1489 PTB 1498 PTB 1499 Borang Permohonan Pajakan Industri
IKLAN JUALAN KEDAI KOS SEDERHANA (KKS) DI TAMAN PENAWAR HARMONI
SYARAT-SYARAT KELAYAKAN PEMILIKAN KEDAI KOS SEDERHANA (KKS) DI TAMAN PENAWAR HARMONI:
- Terbuka kepada Penduduk Asal Negeri Johor.
- Keutamaan akan diberikan kepada penduduk yang menetap di dalam Wilayah KEJORA.
- Warganegara Malaysia berumur 18 tahun ke atas dan sudah menetap di Johor lebih 10 tahun bagi yang bukan kelahiran di dalam Negeri Johor.
- Bujang atau berkahwin.
- Bagi pasangan suami isteri, hanya satu permohonan sahaja dibenarkan. Permohonan isteri kedua dan seterusnya perlu dibuat menggunakan nama isteri tersebut.
- Hanya satu (1) pemilikan SAHAJA bagi Kedai Kos Sederhana (KKS) di dalam Negeri Johor.
TARIKH TUTUP IKLAN : 10 APRIL 2023
TARIKH TUTUP PENGHANTARAN DOKUMEN : 13 APRIL 2023
PEMOHONAN ONLINE
















































































































































































































































